Wednesday 1 March 2017

Manifesto Pas Terengganu Sekadar ‘Sambung Janji 1999’ – YB Azan PKR


Adun Bandar YB Azan Ismail secara sinis mengkritik Manifesto yang dilancarkan oleh Pas Terengganu dengan mendakwa manifesto itu sebagai hanya mahu menyambung janji yang belum dilunaskan ketika era pemerintahan 1999 hingga 2004 parti tersebut di negeri ini dan bersifar kitar semula.

Beliau mempersoalkan keperluan Pas untuk memberikan janji dalam manifesto sedangkan keadaan pada tahun 1999 dulu adalah berbeza dengan keadaan pada hari ini.

Azan turut melemparkan nasihat kepada parti itu supaya membuat janji yang mengikut keperluan semasa rakyat dan bukan bersifat janji pilihan raya semata-mata.

‘Manifesto 5 perkara Pas lebih kepada untuk menyatakan hasrat untuk melunaskan janji manifesto 1999-2004 dulu yang belum tertunai dan disambung manifesto macam beri lot tanah, kahwin percuma dan lain-lain’.

‘Manifesto itu nampak seolah-olah menujukkan semula janji pas 1999 dulu dan keperluan (sekarang) adalah berbeza pada sekarang berbanding 10 tahun lepas’ katanya di Kuala Terengganu hari ini. 


Hadir sama Ahli Parlimen Amanah Datuk Raja Kamarul Bahrin dan Adun Pas Batu Buruk Syed Azman Syed Nawawi.

Tegas Azan, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, Amanah, Bersatu dan DAP akan melancarkan Manifesto PRU14 mereka untuk Terengganu yang dikatakan berbeza sekali dengan manifesto Pas yang hanya untuk membeli hati pengundi.


‘Ia hanya untuk membeli hati pengundi dan berbentuk fokus yang kecil sepatutnya manifesto merangkumi sasaran yang lebih besar’ tambahnya lagi. - Terengganu Press

No comments:

Post a Comment