Saturday 28 October 2017

PRU14: Calon PPBM Kesemuanya Bekas Pemimpin UMNO Yang Kecewa 

PRU14: Calon PPBM Kesemuanya Bekas Pemimpin UMNO Yang Kecewa 

Semua sedia maklum pemimpin PPBM adalah bekas pemimpin UMNO yang kecewa selepas gagal mengaut projek dan bertindak menyertai parti Bunga Raya.

Situasi sama turut menimpa bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang Razali Idris yang dilantik Pengerusi PPBM Terengganu jelas antara muka yang dipecat sebagai pengerusi anak syarikat GLC kerajaan negeri atas salah laku dan salah guna kuasa.

Selain itu Timbalan Ketua Bahagian Kuala Nerus Hambali Abdul Latif yang kecewa kontrak sebagai CEO Radio Manis FM kerana kelemahan pengurusan sehingga mengakibatkan radio Pantai Timur itu mengalami kerugian akibat kemerosotan populariti daripada pendengar.

Hambali yang juga blogger  teganuku.blogspot.com kerap melontarkan kritikan sinis terhadap kerajaan negeri lantaran tidak berpuas hati dengan pengguguran sebagai pegawai kanan Manis FM.

Ramai pengikut PPBM sudah mula sedar dengan parti Bunga itu yang tiada hala tuju dan hanya menperjuangkan politik peribadi pemimpin seperti Mahathir dan Mukriz serta Muhyiddin.

Ahli PPBM di Besut dan Dungun kini mula membuka mata dan mengambil keputusan kembali kepada UMNO yang merupakan parti tunggal yang menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam di Negara ini.

Parti PPBM sama ada di Terengganu atau peringkat pusat kini hanya menunggu masa untuk jatuh dan akan gagal di PRU14.

Thursday 26 October 2017

DAP akan Ambil Alih Kerusi PKR Dun Bandar!

Sudah lama penulis tak tengok YB Azam Ismail yang dinaikkan oleh Pas masa PRU13 sebagai Adun Bandar Parlimen Kuala Terengganu yang hilang tanpa jejak di dun beliau semenjak bersama pakatan Harapan.
 Agak malang nasib pengundi yang memilih beliau kerana pada ketika ini kesungguhan pihak DAP untuk mengambil alih kerusi PKR semakin memuncak dengan pelbagai kempen bagi memenangi hati pengundi cina.

Azam mana, Azam mana???  Takkan sesekali menjelma hanya bagi air mineral jer kat padang Bukit Besar untuk orang yang sedang beriadah? Berapa sen sangat air mineral tu sebotol kalau nak bandingkan dengan elaun jadi adun hampir RM13 ribu sebulan….untunglah jadi adun  dun Bandar, pintu opis PRK tidak pernah buka pun..


DAP sudah mengatur startegi yang pantas , dan seakan sudah Berjaya menawan kubu PKR dun Bandar yang “ada YB Bunian”..nasib la korang semua pengundi Bandar, orang suruh pilih BN korang pilih PKR, last-last dapat kat DAP?
Menang sorak kampong tergadai, terima la hakikat dari kesilapan tangan sendiri yang dah rasa bijak tapi bodoh. 

Hadi Awang terus kluk klek isu kerjasama Umno-Pas

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kini menunggu keputusan presiden parti Dato' Seri Abdul Hadi Awang sama ada bekerjasama dengan UMNO ataupun dalam pilihanraya umum ke-14 nanti.

Ahli PAS seluruh negara tertanya-tanya akan keputusan kepimpinan PAS pusat dan PAS perlu menyatakan dengan beberapa segera jawapan kepada UMNO atau terus bersendiraan menghadapi pakatan harapan (PH) dan Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya.

Umum mengetahui bahawa PAS kini tidak banyak menyerang UMNO dan Najib Razak kerana ada sesuatu yang membuatkan meraka membisu sehingga hari ini dengan pelbagai alasan yang tidak munasah.

Kebelakang ini banyak kepimpinan PAS cuba bermesra dengan pemimpin UMNO dalam beberapa program anjuran UMNO diperingkat pusat atau negeri-negeri.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pengarah piliharaya PAS Dato' Mustafa Ali minggu lalu telah menyarankan agar PAS segera membuat keputusan bekerjasama dengan UMNO demi melihat kelangsungan politik PAS masa akan datang.

Beliau berkata demikan setelah melihat beberapa kerjasama dan hala tuju PAS kini satu aliran dengan apa yang dibawa oleh UMNO selama ini dan bukan lagi menganggap UMNO musuh politik kekal selamanya.

Mustafa yang juga Penasihat kepada Presiden Pas bagaimanapun mengakui, perkara yang dibangkitkannya dan tidak pernah dibincangkan secara rasmi dengan mana-mana pihak dalam parti itu.

Dari  itu PAS perlu melihat sejarah pilihan rayasebelum ini ketika mereka bersendirian dan sejarah ketika berada dalam gabungan parti politik pembangkang.

Semalam juga dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Fan Page FB milik presiden PAS telah mengesah sikap kluk klek Hadi yang masih bersikap tarik tali dalam isu kerjasama dengan UMNO.

Katanya, Majlis Syura Ulama, Dewan Harian, AJK PAS Pusat menentukan keputusan secara jama’ie (kolektif) dan Muktamar yang melibatkan akar umbi bagi membuat keputusan yang besar, supaya PAS bukan parti milik seorang atau kumpulan tertentu sehingga terkeluar daripada konsep dan adab berjemaah. 

PAS berpengalaman secara bersendirian, kerajaan campuran dan bekerjasama dengan semua pihak dengan berbagai pendekatan, bukan sekadar satu, dua, tiga dan empat pendekatan, bahkan lebih daripadanya.

Kenapa Ketua PPBM Terengganu senyap isu ‘Malaysia Darul Penyangak’?

Setakat ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu Razali Idris masih membisu dan enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan Penasihat PPBM Dr Mahathir mendakwa Malaysia jadi Darul Penyangak pada minggu ini.

Ramai yang sudah mengetahu punca Razali menyertai parti Bunga kerana kecewa dipecat daripada jawatan pengerusi salah sebuah syarikat kerajaan negeri akibat melakukan penyelewengan sehingga menyebabkan kerugian kepada syarikat tersebut.

Menurut sumber ketika menjawat jawatan berkenaan, beliau menyalahgunakan kuasa atau dalam loghat Terengganu ‘joli sakang’ dan mempunyai tadbir urus yang teruk.

 Mungkin sebab itu Razali masih berdiam diri dan takut membuat kenyataan kerana bimbang kes salah guna kuasa beliau dibongkar yang mungkin akan menjahanamkan karier politik beliau yang hanya suam-suam kuku.

Selain itu masih ada suara sumbang yang mempertikaikan beliau dilantik sebagai Pengerusi PPBM Terengganu kerana tiada apa-apa yang dilakukannya sejak mendapat jawatan tersebut selain hanya berperanan sebagai orang suruhan Mukriz di negeri Terengganu.

Sunday 1 October 2017

Satiful Bahari Dan Perangai Menipu Berpisah Tiada

Satiful Bahari Dan Perangai Menipu Berpisah Tiada

Mantan Pesuruhjaya Pas Satipul Bahri Mamat yang baru dipecat yang sering melontarkan fitnah di laman Facebooknya kini kembali dengan penipuan terbaru sempena dengan program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal kelmarin.

Dalam posting terbaru beliau mendakwa kehadiran lebih 200 ribu orang di atas tanah seluas 50 ekar adalah tidak masuk akal atau dalam loghat orang Terengganu ‘dok dang mikir’.

Kenyataan tersebut jelas disangkal oleh orang kampong sekitar Kampung Tok Jembal kerana jika dihitung luas 50 ekar adalah bersamaan 50 buah padang bola sepak dan ia terbukti kenyataan tidak benar yang hanya mahu mengelirukan ahli parti sendiri dan rakyat Malaysia.

Ia menujukkan Satipul tidak pandai mengira dan hanya tahu meletak angka semata-mata.




Jumlah 8 ribu motosikal juga tidak munasabah kerana tak sampai 500 buah sahaja motosikal yang bersesak di atas Jambatan Sultan Mahmud yang jelas menyusahkan pengguna jalan raya lain dengan suasana bising deruman ekzos oleh mat rempit Pas.

Satipul sepatutnya tampil menjelaskan isu viral kelakuan buruk oleh pengunjung Fastaqim yang mengotorkan pantai dengan membuang najis merata-rata tempat yang tidak menggambarkan sifat Islamik yang mereka laungkan selama ini.

Beliau juga wajar mendedahkan berapa jumlah kutipan derma yang diperoleh sepanjang dua hari program berlangsung dan ke manakah duit tersebut dibelanjakan bagi mengelak disalah guna atau dikebas oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.