Sememangnya dekat dengan hati rakyat Terengganu dengan
pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan negeri terus
kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Namun
begitu lain pula dengan Pemuda Armada parti Bunga Terengganu yang jelas kurang
senang dan cemburu dengan slogan yang dilaungkan kepimpinan kerajaan Terengganu
itu.
Pemuda
Bunga hanya menyalak semata-mata dan tidak menyatakan fakta yang jelas mengenai
jumlah penggangguran yang berlaku di Terengganu.
Masalah
penggangguran juga bukan sahaja berlaku di Terengganu kerana situasai sama juga
berlaku di negeri Selangor dan Penang yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang.
Dalam
menangani isu tersebut, kerajaan negeri telah melancarkan JOBSTTB di bawah Program
Transformasi Graduan Terengganu (TGTP) yang akan memberi peluang siswazah
menjalani latihan industri di anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat swasta
selama enam bulan dengan dibayar elaun RM1,000 setiap bulan.
Sementara
itu kerajaan Terengganu juga menggalakkan sektor keusahawanan dengan pemberian
insentif khas oleh agensi seperti Yaysasan Pembangunan Keluarga Terengganu,
Maidam, Mara dan banyak lagi yang membantu usahawan membuka perniagaan dan
memperkembangkan perusahaan mereka dalam pelbagai jenis bidang yang disertai.
Selain
itu kerajaan negeri telah menerima pelaburan pihak luar untuk jangka masa
panjang melalui kerjasama MOU dengan syarikat swasta sekaligus membuka peluang
pekerjaan untuk rakyat khusunya golongan muda.
Kerajaan
negeri juga telah menjadikan sektor pelancongan sebagai bidang baharu yang
mempunyai potensi tinggi untuk dimajukan yang juga membuka lebih banyak peluang
kerja untuk rakyat tanpa mengira umur.
Pemuda
parti Bunga seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan yang
mengarut dan tidak masuk akal.
Amat
malu jika setakat ini sahaja taraf pemuda Bunga yang mempunyai latar belakang
pelajaran tetapi pemikiran tin kosong yang hanya menunggu masa untuk ‘reboh
tungging nyior’. Budak-budak ini perlu belajar lebih banyak sebelum terjun ke
dalam bidang politik.
Jelas
slogan Tranung Molek Doh amat tepat dan menyeluruh
kepada rakyat dan insyaallah negeri Terengganu akan terus berkembang maju
mengikut acuan rakyat Terengganu sendiri.
Tranung
Molek Doh !