Thursday 26 October 2017

Kenapa Ketua PPBM Terengganu senyap isu ‘Malaysia Darul Penyangak’?

Setakat ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu Razali Idris masih membisu dan enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan Penasihat PPBM Dr Mahathir mendakwa Malaysia jadi Darul Penyangak pada minggu ini.

Ramai yang sudah mengetahu punca Razali menyertai parti Bunga kerana kecewa dipecat daripada jawatan pengerusi salah sebuah syarikat kerajaan negeri akibat melakukan penyelewengan sehingga menyebabkan kerugian kepada syarikat tersebut.

Menurut sumber ketika menjawat jawatan berkenaan, beliau menyalahgunakan kuasa atau dalam loghat Terengganu ‘joli sakang’ dan mempunyai tadbir urus yang teruk.

 Mungkin sebab itu Razali masih berdiam diri dan takut membuat kenyataan kerana bimbang kes salah guna kuasa beliau dibongkar yang mungkin akan menjahanamkan karier politik beliau yang hanya suam-suam kuku.

Selain itu masih ada suara sumbang yang mempertikaikan beliau dilantik sebagai Pengerusi PPBM Terengganu kerana tiada apa-apa yang dilakukannya sejak mendapat jawatan tersebut selain hanya berperanan sebagai orang suruhan Mukriz di negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment