Saturday 28 October 2017

PRU14: Calon PPBM Kesemuanya Bekas Pemimpin UMNO Yang Kecewa 

PRU14: Calon PPBM Kesemuanya Bekas Pemimpin UMNO Yang Kecewa 

Semua sedia maklum pemimpin PPBM adalah bekas pemimpin UMNO yang kecewa selepas gagal mengaut projek dan bertindak menyertai parti Bunga Raya.

Situasi sama turut menimpa bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang Razali Idris yang dilantik Pengerusi PPBM Terengganu jelas antara muka yang dipecat sebagai pengerusi anak syarikat GLC kerajaan negeri atas salah laku dan salah guna kuasa.

Selain itu Timbalan Ketua Bahagian Kuala Nerus Hambali Abdul Latif yang kecewa kontrak sebagai CEO Radio Manis FM kerana kelemahan pengurusan sehingga mengakibatkan radio Pantai Timur itu mengalami kerugian akibat kemerosotan populariti daripada pendengar.

Hambali yang juga blogger  teganuku.blogspot.com kerap melontarkan kritikan sinis terhadap kerajaan negeri lantaran tidak berpuas hati dengan pengguguran sebagai pegawai kanan Manis FM.

Ramai pengikut PPBM sudah mula sedar dengan parti Bunga itu yang tiada hala tuju dan hanya menperjuangkan politik peribadi pemimpin seperti Mahathir dan Mukriz serta Muhyiddin.

Ahli PPBM di Besut dan Dungun kini mula membuka mata dan mengambil keputusan kembali kepada UMNO yang merupakan parti tunggal yang menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam di Negara ini.

Parti PPBM sama ada di Terengganu atau peringkat pusat kini hanya menunggu masa untuk jatuh dan akan gagal di PRU14.

No comments:

Post a Comment